Salam buat sahabat semua. Ini adalah posting pertama di sini.

Apa yang memberikan motivasi kepada saya untuk menukilkan tulisan di blog ini adalah berdasarkan satu hadis.
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”
* Hadis Riwayat Ahmad, At-Tabrani, Ad-Daruqutni. Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289). Kredit Sumber
Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sangat-sangat menggalakkan umatnya untuk berbakti kepada manusia dan makhluk lain. Hadis ringkas ini sebenarnya memberikan pengajaran buat saya, bahawa hidup ini terlalu singkat dan kita perlu berbuat sesuatu untuk menjadi mukmin yang sebenarnya.
Berpandukan hadis inilah, atas rasa ingin menjadi seorang insan yang memberikan manfaat kepada manusia lain, maka blog ini dihasilkan. Menyebarkan dakwah dan ilmu melalui sumber sahih untuk kebaikan bersama.
Semoga Allah SWT menerima usaha ini sebagai satu dakwah saya dan menjadi saksi buat saya di akhirat kelak.
Ameen. Ameen. Thumma Ameen.